Pages

Rabu, 10 Disember 2014

Moment of November

Pada November lepas, sekali lagi pihak Xcell telah menganjurkan Kursus Pemantapan Pengurusan Pelajar. Kali ini melibatkan pegawai-pegawai IPTA dan IPTS sekitar negeri Pahang dan Terengganu.

Dr.Wan Hassan bin Wan Ahmad merupakan panel berpengalaman untuk mengupas tajuk utama bagi kursus ini iaitu mengenai Pengurusan Pelajar GENERASI Y.

Panel Jemputan untuk slot Kerja sebagai Ibadah : Dr. Asmadi






Selasa, 23 September 2014

wACAna PemiKIran IslaM - JB!



Program ini dijalankan di Suria College, Johor Bahru. Ini pertama kali Xcell Training mengadakan program seumpama di Johor. 

Serramai 150 orang peserta merupakan pelajar dari Kolej Suria mendapat info mengenai Al-Fateh dan Cabaran dan Isu Semasa.

Comel-comel semua siswa memakai baju melayu dan siswi memakai bju kurung. Semoga ilmu yang diberi bermanfaat untuk semua.

Gambar sekitar Program Wacana Pemikiran Islam:







GOOD LUCK SISWA SISWI KOLEJ SURIA!! ANDA PELAPIS BANGSA...

KUrsUs PemaNTapaN PengURusaN PeLajAR - SEmpurNa ResoRT KuantAn

Kursus Pemantapan Pengurusan Pelajar diadakan selama 3 hari 2 malam dari 13 hingga 15 September 2014. Peserta terdiri daripada pegawai-pegawai Asrama Yayasan Terengganu Kemaman (AYTK).

Secara keseluruhan, kursus menepati objektif dan peserta nampak "enjoy" dengan kursus yang dihadiri disamping mendapat input dari panel-panel. 

Antara saat yang dapat dirakam semasa kursus berlangsung :








TERIMA KASIH DI ATAS KERJASAMA YANG BAIK YANG TELAH DIBERIKAN OLEH PIHAK YAYASAN TERENGGANU DAN PESERTA-PESERTA DARI AYTK!!!

Khamis, 21 Ogos 2014

Hari Berkabung Negara MH17 -Al-Fatihah-

Malaysian soldiers carry a coffin holding the remains of an MH17 victim. 
Anggota Tentera membawa keranda mangsa nahas MH17

*MARILAH KITA SAMA-SAMA MENADAH TANGAN BAGI MENYEDEKAHKAN AL-FATIHAH KEPADA MANGSA NAHAS MH17.
 
 
SEMOGA ROH MEREKA DICUCURI RAHMAT 

Rabu, 20 Ogos 2014

Seminar for Science Stream Students

Assalamualaikum.

Lemah dalam mata pelajar Matematik Tambahan?
English Susah?
Formula Kimia yang mengelirukan?

Jadi, luangkan masa cuti sekolah adik-adik dengan menyertai Seminar Sprint for A+.
Pecutan A+ bersama Guru Pakar subjek. Belajar dalam suasana pembelajaran yang seronok dan menarik.


 Cara Penyertaan :
  •  SMS nama, umur, alamat ke 011-108 67679. (Untuk pra-pendaftaran)
  • Bayaran boleh dibuat pada hari pendaftaran.
  • Sebarang pertanyaan, sila hubungi fasilitator kami iaitu Nur Fariza (019-9913582)  dan Nurul Nazati (019-9938062)

Khemah Ibadah bersama IMAM MUDA ASYRAF dan USTAZ SHAFIR

Assalamualaikum,

Program Intelek Xcell kini kembali!!!!


Hye adik-adik, cuti sekolah bakal tiba. Adik-adik sudah merancang aktiviti untuk cuti sekolah bulan September nanti??

Pada cuti sekolah ini, Xcell Training and Event Management sekali lagi menganjurkan program bagi memenuhkan jadual cuti sekolah adik-adik.

Jom, sertai KHEMAH IBADAH bersama IMAM MUDA ASYRAF dan USTAZ SHAFIR!

Luangkan dan penuhkan masa cuti sekolah adik-adik dengan aktiviti berfaedah dan bermanfaat.
Hanya RM55! Pelbagai ilmu mengenai tahsin solat yang berguna akan diperoleh dan ciri-ciri untuk menjadi anak soleh dan solehah.




Cara Penyertaan :

  • SMS nama, umur, alamat ke 011-108 67679. (Untuk pra-pendaftaran)
  • Bayaran boleh dibuat pada hari pendaftaran.
  • Sebarang pertanyaan, sila hubungi fasilitator kami iaitu Nur Fariza (019-9913582) dan Nurul Nazati (019-9938062)

Khamis, 24 Julai 2014

Salam Aidilfitri 2014


Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin 
daripada Xcell Training and Event Management. Salam kosong-kosong. 

Khamis, 17 Julai 2014

Lailatul Qadar : 10 Malam Akhir Ramadhan



Lailatul Qadar adalah malam yang hanya muncul pada 10 hari terakhir Ramadan. Rasulullah (s.a.w) sendiri memohon kepada Allah agar malam bersejarah yang penuh hikmah itu menemuinya.

Rasulullah (s.a.w) bersabda :

"Sesungguhnya bulan ini (Ramadhan) datang kepada kamu, dalamnya ada malam di mana amalan ibadat yang dilakukan pada malam itu lebih baik dan lebih besar ganjarannya daripada amalan seribu bulan. Sesiapa yang kehilangan malam itu, sesungguhnya dia kehilangan semua kebaikan. Dan tidak akan kehilangan semua perkara itu, kearah orang yang diharamkan (tidak mendapat pertunjuk) daripada Allah"- Hadis riwayat Ibnu Majah
Dalam satu hadis lain :

Rasulullah (s.a.w) bersabda :

"Sesiapa yang beribadah pada Lailatul Qadar dengan dengan penuh keimanan dan pengharapan kepada keredhaan Illahi, nescaya dia akan diampuni segala dosanya yang lampau" Hadis riwayat Muslim.


Amalan pada malam Lailatul Qadar 


Mulailah amalan pada jam 12.00 tengah malam.

1. Solat sunat wuduk selepas mengambil wuduk.

2. Solat sunat hajat dan berdoa kepada Allah supaya dipertemukan malam Lailatul Qadar.

3. Membaca Al-Quran.

4. Istighfar selama 30 minit atau 1000 kali (Astaghfirullah hal azim wa atubu ilaih)

5. Zikrullah (La ila ha illallah 1000X , Laila ha illallah muhammadur rasulullah 300X, Allahhu akhbar 300X)

6. Bertasbih: 

     Subhanallah, walhamdulillah, wala ilaha illallah, Allahhu akhbar, wala haula wala qhuwwata illa billahil          ‘aliyyil      ‘azeem 300X 
     Subhanallah wabihamdihi, Subhanallah il azim 300X 
     Subhana robbiyal a’ala wabihamdih 300X 
     Subhana robbiyal a’zimi wabihamdih 300X 

7. Selawat 100X atau 1,000X (Allahhumma solli ‘ala Muhammad).

8. Solat sunat tahajud

9. Solat sunat tasbih

10. Sambungkan dengan zikrullah atau membaca Al-Quran sehingga solat Subuh.






 
 

Isnin, 14 Julai 2014

#prayforgaza






Hari Turunnya Al-Quran : Nuzul Quran



Salam Nuzul Quran : 17 Ramadan 1435 H


Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad S.A.W. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini.  Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam jumaat, 17 Ramadan, tahun ke 41 daripada keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610 M.

Perkataan "Nuzul" bererti turun @ berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi S.A.W. maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia Al-Quran.

Ayat Al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah 5 ayat pertama daripada surah Al-Alaq.

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama TuhanMu yang menciptakan (sekalian makhluk), ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku ; Bacalah, dan TuhanMu Yang Maha Pemurah- Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan-Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya" (Al-Alaq; 1-5)


Rabu, 25 Jun 2014

MARHABAN YA RAMADHAN


Persiapan menjelang Ramadhan Al-Mubarak

Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan.  Kedatangannya memang ditunggu kerana bulan ini menjanjikan peluang yang besar bagi seluruh umat islam untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan. 

Bagi mempersiapkan diri untuk menghadapi bulan yang mulia ini, beberapa perkara haruslah dilakukan seperti:

1.       Perbanyakkan amalan sunat
2.       Perbanyakkan Tadarrus Al-Quran
3.       Ulangkaji ilmu tentang puasa
4.       Membanyakkan doa, zikir dan Qiamulai
5.       Merapatkan ukhuwah
6.       Berpuasa di bulan Syaaban
7.       Tetapkan azam yang baru

Perbanyakkan sedekah di bulan Ramadhan, walau hanya 3 biji kurma, Allah tetap memandang nilai ikhlas hambaNya.  Sabda Rasulullah S.A.W : “ Barangsiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa maka dia memperoleh pahalanya, dan pahala bagi yang (meneriman makanan) berpuasa tidak dikurangi walau sedikitpun.” (Hadith Riwayat Timidzi)

Keutamaan bulan Ramadhan

Rasullah bersabda:
“Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkahi, Allah mewajibkan kepadamu untuk berpuasa, pada bulan ini pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para Syaitan diikat, juga terdapat pada bulan ini, malam yang lebih baik dari seribu bulan (Lailatul Qadar), barangsiapa tidak memperoleh kebaikan maka dia tidak memperoleh apa-apa” (Ahmad dan An-Nasa’i)

Di bulan Ramadhan juga diwajibkan berpuasa : Allah berfirman, ertinya,
“wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa” (Al-Baqarah, 183)


Bulan Ramadhan bulan yang berkat
Bulan rahmat dan bulan utama
Pahala digandakan, doa diterima
Bulan Lailatul Qadar yang istimewa

Isilah bulan ini, banyakkan amalan
Beribadah malam, siang berpuasa
Banyakkanlah sedekah jgn dikira
Moga ia menjadi penebus dosa
Membaca Al-Quran jgn dilupakan
Zikir dan Tasbih elok disertakan
Meriahkan Ramadhan dengan bermacam cara
Agar Ramadhan tidak sia-sia

Hindarkanlah dosa di setiap anggota
Kalau boleh dosa hati jua
Kerna dosa itu merosakkan pahala
Agar kita tidak mensiakan Ramadhan
Isilah Ramadhan dgn sebaiknya
Kerna ia datang setahun sekali
Tahun hadapan belum tentu jumpa
Kerna kita mati bila-bila masa





Ahad, 15 Jun 2014

GIRL’S DAY @ ADTEC JERANTUT

Program Kenali Potensi Diri diadakan di ADTEC, Jerantut. Apa yang menarik, semua peserta adalah perempuan dan mereka enjoy kat sini. Tak hairan lah, semua pelajar happy dan tak nak balik selepas 3 hari 2 malam di sini. Jom lihat gelagat  mereka sekitar program…

Semua pelajar nampak fokus semasa kuliah… 
Bergambar bersama Kak Sholihah yang comel, penceramah bagi slot Kenali Potensi Diri.





Kusyuk berbincang, ready for their group                                                                     presentation




Persembahan yang dimenangi oleh Kumpulan 10!! Tahniah!




GOOD LUCK adik-adik semua! –Dari Akak Fasi Kenali Potensi Diri





"kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah" 

Khamis, 12 Jun 2014

Salam Nisfu Syaaban 1435 H



Kelebihan Bulan Syaaban

Sabda Nabi S.A.W bermaksud:
“Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padaNya, kerana kelebihan syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu” (Al-Hadis)
“Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi teman Nabi Allah Yusuf A.S di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala nabi Allah Ayub A.S dan Nabi Daud A.S. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan bulan syaaban, permudahkan Allah atasnya sakaratul maut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan dia dalam kubur, dilepaskan daripada huruhara Mungkar Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari Kiamat dan diwajibkan syurga baginya” (Al-Hadis)
Sabda Nabi S.A.W :
“Allah menilik kepada hambaNya pada malam nisfu syaaban, maka diampunkan dosa segala makhluknya melainkan orang syirik dan orang-orang yang tidak bertutur dengan saudaranya".
Sabdanya lagi :
Apabila malam nisfu syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya (bersembahyang, beribadah) dan puasa kamu pada siangnya. Allah berfirman “Adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang yang ditimpa bala Aku a’fiatkannya. Adakah orang yang meminta rezeki maka Aku rezekikannya, demikianlah pertanyaan lainnya sehingga keluar fajar subuh”. (Al-Hadis)






Khamis, 5 Jun 2014

Kemasukan April/Mei Kolej Kejururawatan Pacific




Sekitar pendaftaran pelajar Kolej Kejururawatan Pacific Kuantan.

Tahniah adik-adik yang terpilih!!!!
















"rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia 
untuk menyambut kesempatan yang menjelma"


Coretan Program bersama Felda Wilayah Kuantan dan Felda Wilayah Jengka


Coretan Program Kecemerlangan 


Assalamualaikum semua...maaf admin dah lama x update program di blog...maklumla, byk program yg admin join, smpi x smpt admin nak update...kat sini admin abadikan beberapa keping gambar untuk tatapan anda semua...










Muka2 pelajar yang ceria dan sporting 
 Pelajar khusyuk mendengar tips dan panduan oleh Dr. Wan Hassan bin Wan Ahmad.




Persembahan yang menarik walaupun ada yang malu2...







 tulis jgn tak tulis kawan2..
Semangat yg ditunjukan oleh panel sgt mengagumkan..





Naim dan kawannya yg tekun dan fokus menyelesaikan jumlah segi tiga yang perlu dicari..
                                                                           





Encik Kamarrozaman dari PPD Rompin juga turut turun padang.
Mohd Ismail dan rakan2 tekun menyelesaikan soalan yg diberi oleh Dr.Baha.


Gambar kenangan bersama Dr.Baha panel penceramah,
 En. Kamarrozaman Pegawai Sektor Akademik PPD Rompin
dan Puan Tazinun dr Pejabat Felda Keratong 4




 

Blogger news

Upcoming Events
Super Student (UPSR)
4-5 Ogos 2014 - Felda Resident Tekam
6-7 Ogos 2014 - Felda Resident Tekam
13-14 Ogos 2014 - Sek Keb Sukan Gambang
20-21 Ogos 2014 - Sek Keb Sukan Gambang


Program Intelek Xcell
Sprint for A+ : Bahasa Inggeris, Kimia dan Matematik Tambahan
Siri 1 : 12 dan 13 September 2014
Siri 2 : 15 dan 16 September 2014

Khemah Ibadah bersama Imam Muda Asyraf dan Ustaz Shafir
20 September 2014
Tempat : Masjid Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah
Masa : 8.30 pagi- 5.00 petang

Blogroll

About

XCELL TRAINING AND EVENT MANAGEMENT CA 0160109-K
B31, LORONG PADANG PERMAI 40,
PERUMAHAN PADANG PERMAI,
JALAN KUANTAN-SG LEMBING,
25200 KUANTAN,
PAHANG DARUL MAKMUR.
Hotline : 01110 867679
emel : yusofxcelltraining@gmail.com