PROGRAM POTENSI DIRI PELAJAR SPM SMK
KERATONG
|
Seminar modul Potensi ini telah diadakan bertempat di Kem BTN Bukit Sagu pada 13 dan 14 Julai 2013. Program Potensi yang berlansung selama 2 hari 1 malam ini telah disertai oleh 133 orang pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM. |
En Wan Hassan bin Wan Ahmad telah dilantik sebagai panel untuk memberikan taklimat dan ceramah. Beliau mempunyai pengalaman sebagai 'Profesional Trainer' selama lebih 10 tahun dan bergiat aktif dalam bidang ini sejak tahun 2000.
Pelaksanaan program potensi ini dikhususkan kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM dari 2 buah sekolah yang terpilih iaitu sekolah menengah Smk Keratong dan Smk Bantura.
Para peserta mengikuti seminar ini dengan penuh bersemangat dan ceria walaupun sedikit keletihan di dalam bulan ramadhan. Peserta juga didedahkan dengan kaedah kemahiran berkomunikasi dan 'Presentation Skills' supaya mereka dapat meningkatkan keyakinan dan imej diri.
|
Pihak penganjur juga telah menyediakan tempat untuk para peserta menunaikan solat Terawih. Para peserta tidak melepaskan peluang ini dan mereka sangat bersyukur dapat menunaikan solat terawih beramai-ramai walaupun berjauhan daripada keluarga.
Program Potensi anjuran Yayasan Pelajaran Mara dengan kerjasama Felda Wilayah Kuantan berlansung dengan jayanya. Pihak sekolah, Pengetua dan guru pengiring juga memainkan peranan penting dalam menjayakan program ini. Peserta juga telah mengemukakan cadangan kepada pihak penganjur supaya dipanjangkan lagi slot yang terdapat di dalam program ini.Seminar ini berakhir dengan sesi fotografi bersama panel dan para peserta.
|
0 ulasan:
Catat Ulasan