PROGRAM TRANSFORMASI KECEMERLANGAN
PELAJAR (PROGRAM YAKIN) SMK BUKIT GOH
|
Program Transformasi Kecemerlangan Pelajar Program Yakin ajuran Yayasan Pelajaran Mara dengan kerjasama Felda Wilayah Kuantan telah diadakan pada 12 Jun 2013 bertempat di dewan Smk Bukit Goh Kuantan. Program ini telah dihadiri oleh 139 orang pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM. |
|
Peserta yang telah dipilh untuk menyertai program ini terdiri daripada 4 buah sekolah menengah iaitu Smk Bukit Goh, Smk Seri Panching, Smk Bukit Sagu dan Smk Lepar Hilir. Peserta kelihatan ceria sewaktu panel memberikan ceramah.
|
|
|
|
Ceramah telah disampaikan oleh En Nazahar bin Abdul Hamid, Pengetua Sekolah Islam Antarabangsa Kuala Lumpur.Para pelajar mengikuti program dengan penuh bersemangat dan panel yang dilantik telah memberikan pembentangan yang bernas melalui slot 1 & 2 iaitu 'Tips untuk Yakin Kepada Diri' dan 'Membina matlamat diri kaedah SMART' .Tahap keyakinan diri pelajar juga telah meningkat, dan mereka meminta pihak penganjur supaya memanjangkan slot program. Slot 3 iaitu slot program yang terakhir ialah sesi muhasabah diri.Program Yakin ini berjalan dengan lancar dengan kerjasama pihak sekolah terutamanya Pengetua sekolah dan guru kaunselor yang terlibat.Tiada masalah yang dihadapi sepanjang seminar berlansung. Seminar berakhir dengan sesi fotografi bersama panel, pengetua dan para peserta. |
0 ulasan:
Catat Ulasan