Pages

Khamis, 17 Julai 2014

Lailatul Qadar : 10 Malam Akhir Ramadhan



Lailatul Qadar adalah malam yang hanya muncul pada 10 hari terakhir Ramadan. Rasulullah (s.a.w) sendiri memohon kepada Allah agar malam bersejarah yang penuh hikmah itu menemuinya.

Rasulullah (s.a.w) bersabda :

"Sesungguhnya bulan ini (Ramadhan) datang kepada kamu, dalamnya ada malam di mana amalan ibadat yang dilakukan pada malam itu lebih baik dan lebih besar ganjarannya daripada amalan seribu bulan. Sesiapa yang kehilangan malam itu, sesungguhnya dia kehilangan semua kebaikan. Dan tidak akan kehilangan semua perkara itu, kearah orang yang diharamkan (tidak mendapat pertunjuk) daripada Allah"- Hadis riwayat Ibnu Majah
Dalam satu hadis lain :

Rasulullah (s.a.w) bersabda :

"Sesiapa yang beribadah pada Lailatul Qadar dengan dengan penuh keimanan dan pengharapan kepada keredhaan Illahi, nescaya dia akan diampuni segala dosanya yang lampau" Hadis riwayat Muslim.


Amalan pada malam Lailatul Qadar 


Mulailah amalan pada jam 12.00 tengah malam.

1. Solat sunat wuduk selepas mengambil wuduk.

2. Solat sunat hajat dan berdoa kepada Allah supaya dipertemukan malam Lailatul Qadar.

3. Membaca Al-Quran.

4. Istighfar selama 30 minit atau 1000 kali (Astaghfirullah hal azim wa atubu ilaih)

5. Zikrullah (La ila ha illallah 1000X , Laila ha illallah muhammadur rasulullah 300X, Allahhu akhbar 300X)

6. Bertasbih: 

     Subhanallah, walhamdulillah, wala ilaha illallah, Allahhu akhbar, wala haula wala qhuwwata illa billahil          ‘aliyyil      ‘azeem 300X 
     Subhanallah wabihamdihi, Subhanallah il azim 300X 
     Subhana robbiyal a’ala wabihamdih 300X 
     Subhana robbiyal a’zimi wabihamdih 300X 

7. Selawat 100X atau 1,000X (Allahhumma solli ‘ala Muhammad).

8. Solat sunat tahajud

9. Solat sunat tasbih

10. Sambungkan dengan zikrullah atau membaca Al-Quran sehingga solat Subuh.






 
 

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Blogger news

Upcoming Events
Super Student (UPSR)
4-5 Ogos 2014 - Felda Resident Tekam
6-7 Ogos 2014 - Felda Resident Tekam
13-14 Ogos 2014 - Sek Keb Sukan Gambang
20-21 Ogos 2014 - Sek Keb Sukan Gambang


Program Intelek Xcell
Sprint for A+ : Bahasa Inggeris, Kimia dan Matematik Tambahan
Siri 1 : 12 dan 13 September 2014
Siri 2 : 15 dan 16 September 2014

Khemah Ibadah bersama Imam Muda Asyraf dan Ustaz Shafir
20 September 2014
Tempat : Masjid Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah
Masa : 8.30 pagi- 5.00 petang

Blogroll

About

XCELL TRAINING AND EVENT MANAGEMENT CA 0160109-K
B31, LORONG PADANG PERMAI 40,
PERUMAHAN PADANG PERMAI,
JALAN KUANTAN-SG LEMBING,
25200 KUANTAN,
PAHANG DARUL MAKMUR.
Hotline : 01110 867679
emel : yusofxcelltraining@gmail.com