Kelebihan
Bulan Syaaban
Sabda Nabi
S.A.W bermaksud:
“Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padaNya, kerana kelebihan syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu” (Al-Hadis)
“Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi teman Nabi Allah Yusuf A.S di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala nabi Allah Ayub A.S dan Nabi Daud A.S. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan bulan syaaban, permudahkan Allah atasnya sakaratul maut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan dia dalam kubur, dilepaskan daripada huruhara Mungkar Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari Kiamat dan diwajibkan syurga baginya” (Al-Hadis)
Sabda Nabi
S.A.W :
“Allah menilik kepada hambaNya pada malam nisfu syaaban, maka diampunkan dosa segala makhluknya melainkan orang syirik dan orang-orang yang tidak bertutur dengan saudaranya".
Sabdanya
lagi :
Apabila malam nisfu syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya (bersembahyang, beribadah) dan puasa kamu pada siangnya. Allah berfirman “Adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang yang ditimpa bala Aku a’fiatkannya. Adakah orang yang meminta rezeki maka Aku rezekikannya, demikianlah pertanyaan lainnya sehingga keluar fajar subuh”. (Al-Hadis)
0 ulasan:
Catat Ulasan