Salam Nuzul Quran : 17 Ramadan 1435 H
Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad S.A.W. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam jumaat, 17 Ramadan, tahun ke 41 daripada keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610 M.
Perkataan "Nuzul" bererti turun @ berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi S.A.W. maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia Al-Quran.
Ayat Al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah 5 ayat pertama daripada surah Al-Alaq.
"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama TuhanMu yang menciptakan (sekalian makhluk), ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku ; Bacalah, dan TuhanMu Yang Maha Pemurah- Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan-Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya" (Al-Alaq; 1-5)
0 ulasan:
Catat Ulasan