Pages

Rabu, 25 Jun 2014

MARHABAN YA RAMADHAN


Persiapan menjelang Ramadhan Al-Mubarak

Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan.  Kedatangannya memang ditunggu kerana bulan ini menjanjikan peluang yang besar bagi seluruh umat islam untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan. 

Bagi mempersiapkan diri untuk menghadapi bulan yang mulia ini, beberapa perkara haruslah dilakukan seperti:

1.       Perbanyakkan amalan sunat
2.       Perbanyakkan Tadarrus Al-Quran
3.       Ulangkaji ilmu tentang puasa
4.       Membanyakkan doa, zikir dan Qiamulai
5.       Merapatkan ukhuwah
6.       Berpuasa di bulan Syaaban
7.       Tetapkan azam yang baru

Perbanyakkan sedekah di bulan Ramadhan, walau hanya 3 biji kurma, Allah tetap memandang nilai ikhlas hambaNya.  Sabda Rasulullah S.A.W : “ Barangsiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa maka dia memperoleh pahalanya, dan pahala bagi yang (meneriman makanan) berpuasa tidak dikurangi walau sedikitpun.” (Hadith Riwayat Timidzi)

Keutamaan bulan Ramadhan

Rasullah bersabda:
“Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkahi, Allah mewajibkan kepadamu untuk berpuasa, pada bulan ini pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para Syaitan diikat, juga terdapat pada bulan ini, malam yang lebih baik dari seribu bulan (Lailatul Qadar), barangsiapa tidak memperoleh kebaikan maka dia tidak memperoleh apa-apa” (Ahmad dan An-Nasa’i)

Di bulan Ramadhan juga diwajibkan berpuasa : Allah berfirman, ertinya,
“wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa” (Al-Baqarah, 183)


Bulan Ramadhan bulan yang berkat
Bulan rahmat dan bulan utama
Pahala digandakan, doa diterima
Bulan Lailatul Qadar yang istimewa

Isilah bulan ini, banyakkan amalan
Beribadah malam, siang berpuasa
Banyakkanlah sedekah jgn dikira
Moga ia menjadi penebus dosa
Membaca Al-Quran jgn dilupakan
Zikir dan Tasbih elok disertakan
Meriahkan Ramadhan dengan bermacam cara
Agar Ramadhan tidak sia-sia

Hindarkanlah dosa di setiap anggota
Kalau boleh dosa hati jua
Kerna dosa itu merosakkan pahala
Agar kita tidak mensiakan Ramadhan
Isilah Ramadhan dgn sebaiknya
Kerna ia datang setahun sekali
Tahun hadapan belum tentu jumpa
Kerna kita mati bila-bila masa





Ahad, 15 Jun 2014

GIRL’S DAY @ ADTEC JERANTUT

Program Kenali Potensi Diri diadakan di ADTEC, Jerantut. Apa yang menarik, semua peserta adalah perempuan dan mereka enjoy kat sini. Tak hairan lah, semua pelajar happy dan tak nak balik selepas 3 hari 2 malam di sini. Jom lihat gelagat  mereka sekitar program…

Semua pelajar nampak fokus semasa kuliah… 
Bergambar bersama Kak Sholihah yang comel, penceramah bagi slot Kenali Potensi Diri.





Kusyuk berbincang, ready for their group                                                                     presentation




Persembahan yang dimenangi oleh Kumpulan 10!! Tahniah!




GOOD LUCK adik-adik semua! –Dari Akak Fasi Kenali Potensi Diri





"kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah" 

Khamis, 12 Jun 2014

Salam Nisfu Syaaban 1435 H



Kelebihan Bulan Syaaban

Sabda Nabi S.A.W bermaksud:
“Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padaNya, kerana kelebihan syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu” (Al-Hadis)
“Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi teman Nabi Allah Yusuf A.S di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala nabi Allah Ayub A.S dan Nabi Daud A.S. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan bulan syaaban, permudahkan Allah atasnya sakaratul maut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan dia dalam kubur, dilepaskan daripada huruhara Mungkar Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari Kiamat dan diwajibkan syurga baginya” (Al-Hadis)
Sabda Nabi S.A.W :
“Allah menilik kepada hambaNya pada malam nisfu syaaban, maka diampunkan dosa segala makhluknya melainkan orang syirik dan orang-orang yang tidak bertutur dengan saudaranya".
Sabdanya lagi :
Apabila malam nisfu syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya (bersembahyang, beribadah) dan puasa kamu pada siangnya. Allah berfirman “Adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang yang ditimpa bala Aku a’fiatkannya. Adakah orang yang meminta rezeki maka Aku rezekikannya, demikianlah pertanyaan lainnya sehingga keluar fajar subuh”. (Al-Hadis)






Khamis, 5 Jun 2014

Kemasukan April/Mei Kolej Kejururawatan Pacific




Sekitar pendaftaran pelajar Kolej Kejururawatan Pacific Kuantan.

Tahniah adik-adik yang terpilih!!!!
















"rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia 
untuk menyambut kesempatan yang menjelma"


Coretan Program bersama Felda Wilayah Kuantan dan Felda Wilayah Jengka


Coretan Program Kecemerlangan 


Assalamualaikum semua...maaf admin dah lama x update program di blog...maklumla, byk program yg admin join, smpi x smpt admin nak update...kat sini admin abadikan beberapa keping gambar untuk tatapan anda semua...










Muka2 pelajar yang ceria dan sporting 
 Pelajar khusyuk mendengar tips dan panduan oleh Dr. Wan Hassan bin Wan Ahmad.




Persembahan yang menarik walaupun ada yang malu2...







 tulis jgn tak tulis kawan2..
Semangat yg ditunjukan oleh panel sgt mengagumkan..





Naim dan kawannya yg tekun dan fokus menyelesaikan jumlah segi tiga yang perlu dicari..
                                                                           





Encik Kamarrozaman dari PPD Rompin juga turut turun padang.
Mohd Ismail dan rakan2 tekun menyelesaikan soalan yg diberi oleh Dr.Baha.


Gambar kenangan bersama Dr.Baha panel penceramah,
 En. Kamarrozaman Pegawai Sektor Akademik PPD Rompin
dan Puan Tazinun dr Pejabat Felda Keratong 4




 

Blogger news

Upcoming Events
Super Student (UPSR)
4-5 Ogos 2014 - Felda Resident Tekam
6-7 Ogos 2014 - Felda Resident Tekam
13-14 Ogos 2014 - Sek Keb Sukan Gambang
20-21 Ogos 2014 - Sek Keb Sukan Gambang


Program Intelek Xcell
Sprint for A+ : Bahasa Inggeris, Kimia dan Matematik Tambahan
Siri 1 : 12 dan 13 September 2014
Siri 2 : 15 dan 16 September 2014

Khemah Ibadah bersama Imam Muda Asyraf dan Ustaz Shafir
20 September 2014
Tempat : Masjid Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah
Masa : 8.30 pagi- 5.00 petang

Blogroll

About

XCELL TRAINING AND EVENT MANAGEMENT CA 0160109-K
B31, LORONG PADANG PERMAI 40,
PERUMAHAN PADANG PERMAI,
JALAN KUANTAN-SG LEMBING,
25200 KUANTAN,
PAHANG DARUL MAKMUR.
Hotline : 01110 867679
emel : yusofxcelltraining@gmail.com