Sir Nazahar Abdul Hamid, Pengetua SEkolah Islam Antarabangsa ( Panel XCELL Training) sentiasa terbuka dalam menjawab pertanyaan peserta dan komited dalam apa jua maklumbalas. Peserta mudah menerima pembentangan dan persembahan Sir Nazahar kerana menganggap peserta sebagai anak-anaknya sendiri. TQ Sir.
Dr. Wan Hassan Wan Ahmad mudah mengatur bicara dan bijak mengawal suasana pembentangan kumpulan dan perbincangan kumpulan. Peserta mudah faham dan sentiasa memberi maklumbalas positif. Paling ketara apabila slot bersama Dr Wan, para peserta berani ke depan dan berani mengutarakan pandangan dan pendapat. Satu sesi yang sangat baik.
Sesi pembentangan merupakan pengalaman peserta yang bernilai harganya. Keyakinan, Keterampilan, fokus dan kemahiran pengucapan awam terlihat dalam sesi ini. Syabas para pelajar. |
Fasilitator XCELL Training, Ustaz Shaffir Azhar Ab. Razak memimpin Solat Maghrib, Isyak dan Subuh. Juga menyampaikan tazkirah Maghrib dan Suboh. Satu perkongsian ilmu yang bermanfaat bilamana Ust Shaffir mengulas tajuk Permata Hati AyahBonda. Kelihatan pelajar faham kenapa anak-anak wajib taat kepada kedua ibubapa.
Bergambar kenangan selepas Modul Potensi selelsai dibimbing oleh Dr. Wan Hassan Wan Ahmad. Suasana gembira menandakan para peserta sangat berpuashati dengan perkongsian ilmu selama 2 hari 1 malam. Terima kasih Pak Pian, ketua jurulatih Kem BTN Bukit Sagu
0 ulasan:
Catat Ulasan