Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam satu
Malaysia.
Alhamdulillah, bersyukur kita
kepada Allah SWT kerana bulan Ramadhan yang penuh berkah kembali menghampiri
kita, dengan izinNya genap 19 hari kita sudah menjalankan tanggungjawab sebagai
umat Islam dengan berpuasa di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Masih tidak
terlambat untuk saya mengucapkan Selamat berpuasa kepada semua umat islam di
seluruh dunia.
Sesungguhnya kita semua sangat
bertuah kerana negara kita iaitu Malaysia, bukan sahaja aman dan stabil malah
semua rakyat berbilang kaum dan agama dapat hidup dengan aman dan harmoni.
Malaysia juga bebas daripada pergolakan seperti yang berlaku di Mesir ekoran
pergolakan politik yang tidak bekesudahan. Kita haruslah mengambil iktibar
supaya negara ini dapat mengekalkan keamanan. Bayangkan, jika ianya berlaku di
Malaysia bagaimanakah nasib anak-anak kita di masa hadapan.
Meskipun kerajaan Malaysia telah
menyediakan pelbagai kemudahan pembelajaran di sekolah. Salah satunya, Timbalan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memperkenalkan skim pemilikan
komputer riba di sekolah bersama dengan kemudahan internet, pemberian baucar
buku di sekolah dan banyak lagi. Anak-anak kita masih lagi tidak dapat
memberikan prestasi yang memuaskan. Dengan adanya program-program motivasi yang
dianjurkan oleh Yayasan Pelajaran Mara khususnya, kita berharap dapat membantu
agar anak-anak ini dapat meningkatkan tahap prestasi mereka di sekolah dan
mencetuskan kesedaran tentang peranan dan tanggungjawab mereka sebagai pelajar
di samping meniupkan semangat dan azam yang tinggi untuk belajar serta bertekad
akan melanjutkan pelajaran mereka ke institusi atau universiti pilihan mereka
seperti kata-kata motivasi dari 'Nora Roberts', "Jika kamu tidak mengejar
apa yang kamu inginkan, maka kamu tidak akan pernah memilikinya, Jika kamu
tidak bertanya, maka jawapannya adalah tidak, Jika kamu tidak mengambil langkah
maju, maka kamu selalu berada di tempat yang sama".
0 ulasan:
Catat Ulasan