Pages

Rabu, 31 Julai 2013

PROGRAM TRANSFORMASI KECEMERLANGAN PELAJAR (PROGRAM YAKIN) SMK BUKIT GOH


Program Transformasi Kecemerlangan Pelajar Program Yakin ajuran Yayasan Pelajaran Mara  dengan kerjasama Felda Wilayah Kuantan telah diadakan pada 12 Jun 2013 bertempat di dewan Smk Bukit Goh Kuantan. Program ini telah dihadiri oleh 139 orang pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM. 

                                                                                                                                                    
Peserta yang telah dipilh untuk menyertai program ini terdiri daripada 4 buah sekolah menengah iaitu Smk Bukit Goh, Smk Seri Panching, Smk Bukit Sagu dan Smk Lepar Hilir. Peserta kelihatan ceria sewaktu panel memberikan ceramah.



Ceramah telah disampaikan oleh En Nazahar bin Abdul Hamid, Pengetua Sekolah  Islam Antarabangsa Kuala Lumpur.Para pelajar mengikuti program dengan penuh bersemangat dan panel yang dilantik telah memberikan pembentangan yang bernas melalui slot 1 & 2 iaitu 'Tips untuk Yakin Kepada Diri'   dan 'Membina matlamat diri kaedah SMART' .Tahap keyakinan diri pelajar juga telah meningkat, dan mereka meminta pihak penganjur  supaya memanjangkan slot program. Slot 3 iaitu slot program yang terakhir ialah sesi muhasabah diri.Program Yakin ini berjalan dengan lancar dengan kerjasama pihak sekolah terutamanya Pengetua sekolah dan guru kaunselor yang terlibat.Tiada masalah yang dihadapi sepanjang seminar berlansung. Seminar berakhir dengan sesi fotografi bersama panel, pengetua dan para peserta. 
     






Isnin, 29 Julai 2013


PROGRAM POTENSI DIRI PELAJAR SPM SMK BUKIT PAYONG BESUT TERENGGANU


Seminar Modul Potensi Diri Pelajar Spm Smk Bukit Payong

Tarikh : 2 dan 3 Julai 2013

Tempat : Kem Peladang Agro Resort Setiu, Besut Terengganu

Peserta : 120 orang pelajar Smk Bukit Payong







Panel : Dr Wan Hassan bin Wan Ahmad

Pendidikan : MBA dari Universiti of Wales Cardiff, Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Analisa (Kepujian) dari Universiti Malaya, "Certified Trainer" Napoleon Hill's Association

Kepakaran : Master Trainer kepada Triple Power Consultant dan Associate Trainer kepada Performance Development Consultant (PDC).

Pengalaman : Berpengalaman dalam pengajaran dan pengendalian ceramah selama 19 tahun iaitu semenjak tahun 1994.











Peserta yang dipilih oleh pihak sekolah merupakan calon peperiksaan utama SPM

SMK Bukit Payong   lelaki : 40 pelajar
                                                  perempuan : 80 pelajar

Seminar potensi diri selama 2 hari ini dapat membantu peserta untuk meningkatkan "Personal Competencies" dan "Leadership Competencies" agar mereka menjadi khalifah atau pemimpin yang berjaya di masa hadapan.







Seminar anjuran Yayasan Pelajaran Mara ini telah berlansung dengan lancar dengan kerjasama pihak sekolah, Pengetua dan guru kaunselor. Peserta telah berjaya meningkatkan potensi diri mereka yang sebenar. Selain itu, mereka dapat memahami kekuatan dan kelemahan diri.  







PROGRAM POTENSI DIRI PELAJAR SPM SMK
KERATONG



Seminar modul Potensi ini telah diadakan bertempat di Kem BTN Bukit Sagu pada 13 dan 14 Julai 2013. Program Potensi yang berlansung selama 2 hari 1 malam ini telah disertai oleh 133 orang pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM. 




En Wan Hassan bin Wan Ahmad telah dilantik sebagai panel untuk memberikan taklimat dan ceramah. Beliau mempunyai pengalaman sebagai 'Profesional Trainer' selama lebih 10 tahun dan bergiat aktif dalam bidang ini sejak tahun 2000. 





Pelaksanaan program potensi ini dikhususkan kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM dari 2 buah sekolah yang terpilih iaitu sekolah menengah Smk Keratong dan Smk Bantura.








Para peserta mengikuti seminar ini dengan penuh bersemangat dan ceria walaupun sedikit keletihan di dalam bulan ramadhan. Peserta juga didedahkan dengan kaedah kemahiran berkomunikasi dan 'Presentation Skills' supaya mereka dapat meningkatkan keyakinan dan imej diri.  




Pihak penganjur juga telah menyediakan tempat untuk para peserta menunaikan solat Terawih. Para peserta tidak melepaskan peluang ini dan mereka sangat bersyukur dapat menunaikan solat terawih beramai-ramai walaupun berjauhan daripada keluarga.

Program Potensi anjuran Yayasan Pelajaran Mara dengan kerjasama Felda Wilayah Kuantan berlansung dengan jayanya. Pihak sekolah, Pengetua dan guru pengiring juga memainkan peranan penting dalam menjayakan program ini. Peserta juga telah mengemukakan cadangan kepada pihak penganjur supaya dipanjangkan lagi slot yang terdapat di dalam program ini.Seminar ini berakhir dengan sesi fotografi bersama panel dan para peserta.



Ahad, 28 Julai 2013

PROGRAM TRANSFORMASI KECEMERLANGAN PELAJAR (PROGRAM YAKIN) PELAJAR SPM SMK CHINI 



Yayasan Pelajaran Mara dengan kerjasama Felda Wilayah Kuantan telah mengadakan siri Motivasi Yakin kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM bertempat di SMK Chini Pekan pada 11 Jun 2013 yang telah dihadiri oleh 162 orang pelajar. 


Ceramah telah disampaikan oleh En Nazahar bin Abdul Hamid, Pengetua Sekolah  Islam  Antarabangsa, Kuala Lumpur. Pelaksanaan Program Yakin ini dikhususkan kepada pelajar SPM dari 3 buah sekolah menengah daerah Pekan yang terpilih iaitu Smk Chini Lktp, Smk Chini 2 dan Smk Chini  Timur.
 

Para pelajar mengikuti program dengan penuh bersemangat dan panel yang dilantik telah memberikan pembentangan yang bernas melalui slot 1 & 2 iaitu 'Tips untuk Yakin Kepada Diri'   dan 'Membina matlamat diri kaedah SMART' .Tahap keyakinan diri pelajar juga telah meningkat, dan mereka meminta pihak penganjur  supaya memanjangkan slot program. Slot 3 iaitu slot program yang terakhir ialah sesi muhasabah diri.
Program Yakin ini berjalan dengan lancar dengan kerjasama pihak sekolah terutamanya Pengetua sekolah dan guru kaunselor yang terlibat.Tiada masalah yang dihadapi sepanjang seminar berlansung. Seminar berakhir dengan sesi fotografi bersama panel, pengetua dan para peserta. 
     

Sabtu, 27 Julai 2013

  
Program Yakin, Potensi dan Motivasi (YPM)


SIRI 1 : YAKIN DIRI


SIRI 2 : POTENSI DIRI

SIRI 3 : MOTIVASI DIRI

Slot 1 : Membentuk Yakin Diri
Slot 2 : Menerobos Sempadan Diri (Think Big)
Slot 3 : Kenali diri dan Potensi kehidupan (Thaqatul Haqawiyah)


Hari Pertama
Slot 1 : Projeksi diri dan potensi
Slot 2 : Diri dan Perkembangan
Slot 3 : Minda dan Perubahan Paradigma

Hari Kedua
Slot 4: Bedungan Diri
Slot 5 : Remaja dan Dunia baru
Slot 6 : Manusia adalah sebaik-baik khalifah


Slot 1:  dan Motivasi
Slot 2 : Membina Motivasi diri
(Prinsip Singa)
Slot 3 : Motivasi Menjana Ummah Barakah




OBJEKTIF SETIAP PROGRAM

YAKIN DIRI 

~Membina asas kecemerlangan diri
~Mengukuhkan keyakinan diri
~Proses menukar tanggapan negatif kepada positif
~Menjiwai matlamat diri 

POTENSI DIRI

~Pengetahuan dan kepentingan mengenal matlamat dan potensi diri
~Kemahiran mengenali dan memahami kekuatan dan kelemahan diri
~Mempelajari teknik meningkatkan nilai dan potensi diri
~Meningkatkan keyakinan dan imej diri ke arah lebih berketrampilan melalui kaedah kemahiran berkomunikasi dan presentation skills.

MOTIVASI DIRI

~Membina asas pemangkin semangat
~Mengukuhkan usaha dan tekad
~Konsistensi dalam perlaksanaan tugas
~Menjiwai setiap perkara yang dilakukan
ORGANISASI YANG MENERIMA PERKHIDMATAN XCELL TRAINING

~Yayasan Pelajaran Mara telah melantik Xcell Training sebagai Rakan Strategik Pendidikan bagi negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan bagi tahun 2013. 


Program bijak bestari (2B) skim tuisyen Yayasan Pelajaran Mara (YPM) dengan kerjasama Felda Wilayah Kuantan 2013. 
  • Program 2B diinisiatifkan oleh Yayasan Pelajaran Mara dengan kerjasama Felda Wilayah Kuantan dengan harapan memberi peluang kepada anak-anak felda di sekolah rendah dan menengah dalam memacu pembangunan akademik dan pembentukkan sahsiah mulia.
  • Skim tuisyen memberi tumpuan kepada kecemerlangan akademik pelajar.
  • Program Yakin,Potensi dan Motivasi tertumpu kepada pemupukan sahsiah dan rupa diri pelajardisamping menggilap dan memperkasa nilai-nilai murni dan motivasi pelajar.

PROGRAM YAKIN POTENSI DAN MOTIVASI (YPM)

~Program Ypm ini dilaksanakan sebanyak 3 siri iaitu 2 bulan sekali dan diukur dengan pencapaian semasa pelajar yang bakal dipantau oleh wakil yang dilantik oleh YPM-FELDA.

~Pencapaian semasa pelajar yang terpilih juga akan dibuat melalui pihak sekolah secara individu.

Program Motivasi 

  Kecemerlangan pelajar dalam bidang akademik menjadi aspek yang terpenting dalam mengukur kejayaan sistem akademik di sesebuah negara. Peningkatan bilangan pelajar yang cemerlang semakin hari semakin membanggakan yakni menggambarkan kualiti dan keberkesanan sistem akademik yang diamalkan oleh negara Malaysia. Program sokongan berterusan seperti program motivasi inilah yang bertindak sebagai usaha yang dikenalpasti mampu mendorong ke arah peningkatan kecemerlangan akademik dan keperibadian pelajar.

  Kepentingan Program Motivasi

  • Membantu pelajar mengatasi masalah motivasi dalam pembelajaran dengan mencetuskan motivasi dalam diri mereka sendiri.
  • Meningkatkan tahap fokus dan tumpuan belajar
  • Meningkatkan kekuatan memori belajar
  • Mewujudkan rasa seronok dan minat belajar dalam kalangan pelajar
  • Menyumbangkan kepada faktor rakan sebaya dalam aktiviti berpasukan  




Bismillahirrahmanirrahim.

  Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.

  Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah SWT kerana bulan Ramadhan yang penuh berkah kembali menghampiri kita, dengan izinNya genap 19 hari kita sudah menjalankan tanggungjawab sebagai umat Islam dengan berpuasa di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Masih tidak terlambat untuk saya mengucapkan Selamat berpuasa kepada semua umat islam di seluruh dunia.

  Sesungguhnya kita semua sangat bertuah kerana negara kita iaitu Malaysia, bukan sahaja aman dan stabil malah semua rakyat berbilang kaum dan agama dapat hidup dengan aman dan harmoni. Malaysia juga bebas daripada pergolakan seperti yang berlaku di Mesir ekoran pergolakan politik yang tidak bekesudahan. Kita haruslah mengambil iktibar supaya negara ini dapat mengekalkan keamanan. Bayangkan, jika ianya berlaku di Malaysia bagaimanakah nasib anak-anak kita di masa hadapan.


  Meskipun kerajaan Malaysia telah menyediakan pelbagai kemudahan pembelajaran di sekolah. Salah satunya, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memperkenalkan skim pemilikan komputer riba di sekolah bersama dengan kemudahan internet, pemberian baucar buku di sekolah dan banyak lagi. Anak-anak kita masih lagi tidak dapat memberikan prestasi yang memuaskan. Dengan adanya program-program motivasi yang dianjurkan oleh Yayasan Pelajaran Mara khususnya, kita berharap dapat membantu agar anak-anak ini dapat meningkatkan tahap prestasi mereka di sekolah dan mencetuskan kesedaran tentang peranan dan tanggungjawab mereka sebagai pelajar di samping meniupkan semangat dan azam yang tinggi untuk belajar serta bertekad akan melanjutkan pelajaran mereka ke institusi atau universiti pilihan mereka seperti kata-kata motivasi dari 'Nora Roberts', "Jika kamu tidak mengejar apa yang kamu inginkan, maka kamu tidak akan pernah memilikinya, Jika kamu tidak bertanya, maka jawapannya adalah tidak, Jika kamu tidak mengambil langkah maju, maka kamu selalu berada di tempat yang sama".  

Latar Belakang Syarikat


LATAR BELAKANG SYARIKAT

Nama Syarikat : Xcell Training and Event Management
No Pendaftaran : CA0160109-K
Alamat : No 9, Lorong 22 Taman Kg Padang Jaya Fasa 3, Jalan Sungai Lembing, 25200 Kuantan Pahang.
Nama Pemilik : Yusof bin Mohamed (Pengarah Urusan Xcell Training and Event Management)
No Tel : 019-9197679
Emel : yusofxcelltraining@gmail.com


PERKHIDMATAN 

~Penyedia latihan, kursus,seminar,bengkel,forum dan persembahan pentas

~Penyedia jurulatih,speaker,pakar motivasi dan tenaga pengajar

~Pembekal agen bagi Kolej Kejururawatan Pacific Kuantan dan Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah untuk membekalkan lepasan SPM mengikuti kursus peringkat diploma

~Pengurusan acara

~Perunding Motivasi dan Kecemerlangan Pendidikan

~Membekal/ merekrut tenaga kerja (manpower) kepada industry dalam bidang kerja seperti mekanikal, penyelenggaraan serta oil dan gas


 

Blogger news

Upcoming Events
Super Student (UPSR)
4-5 Ogos 2014 - Felda Resident Tekam
6-7 Ogos 2014 - Felda Resident Tekam
13-14 Ogos 2014 - Sek Keb Sukan Gambang
20-21 Ogos 2014 - Sek Keb Sukan Gambang


Program Intelek Xcell
Sprint for A+ : Bahasa Inggeris, Kimia dan Matematik Tambahan
Siri 1 : 12 dan 13 September 2014
Siri 2 : 15 dan 16 September 2014

Khemah Ibadah bersama Imam Muda Asyraf dan Ustaz Shafir
20 September 2014
Tempat : Masjid Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah
Masa : 8.30 pagi- 5.00 petang

Blogroll

About

XCELL TRAINING AND EVENT MANAGEMENT CA 0160109-K
B31, LORONG PADANG PERMAI 40,
PERUMAHAN PADANG PERMAI,
JALAN KUANTAN-SG LEMBING,
25200 KUANTAN,
PAHANG DARUL MAKMUR.
Hotline : 01110 867679
emel : yusofxcelltraining@gmail.com