Program Agihan Bantuan Pelajar Yayasan Pelajaran Mara dan Pejabat Pelajaran Daerah Besut
Program agihan bantuan persekolahan Yayasan Pelajaran Mara (YPM) dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Besut Terengganu telah disampaikan oleh YB Dato Seri Idris bin Jusoh yang merupakan Menteri Pendidikan 2 (gabungan Menteri Pelajaran & Pengajian tinggi bermula dari 16 Mei 2013. Sebelum ini, beliau merupakan Menteri Besar Terengganu pada tahun 2004 sehingga 2008. Beliau juga memegang jawatan sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Seramai 200 pelajar miskin daerah Besut yang telah dipilih oleh Pejabat Pelajaran Daerah Besut untuk menerima bantuan ini.
Program agihan bantuan ini telah diadakan bertempat di dewan hadhari, Masjid Hadhari Jerteh, Terengganu.
Sepanjang program agihan bantuan persekolahan ini berlansung, ibu bapa pelajar yang menerima bantuan turut hadir memeriahkan lagi majlis ini. Selain itu, pihak Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) turut menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan percuma khusus kepada ibu bapa dan juga pelajar yang terlibat. Mereka mendapat layanan yang istimewa daripada Pegawai Kesihatan. Pemeriksaan kesihatan ini adalah satu inisiatif daripada pihak penganjur dan merupakan salah satu program kemasyarakatan.
Kaunter pendaftaran kemasukkan ke IPT juga dibuka bagi memudahkan pelajar mendapatkan informasi berkenaan fakulti, senarai IPT yang terdapat di Malaysia dan banyak lagi.